m
e
s
s
a
g
e
![]() Annyeonghaseyo. Welcome To My Wonderland. I'm Zuki ,. Orang Yang Aizat Sayang Sangat♥♥♥ ![]() Credits!
| ![]() Dalam kehidupan ini semua orang ingin berubah...berubah kearah kebaikan.Niat untuk berubah adalah satu permulaan yang baik dari tiada kesedaran langsung didalam diri kerana hati telah menjadi gelap.Yang lebih teruk adalah gelap jiwa kerana ianya penghalang utama dalam kembara menuju kepintu syurga. Ketika jiwa manusia jauh daripada Allah s.w.t,maka mereka bebas melakukan apa saja yang mereka suka.Orang yang jiwanya sakit, adakalanya dia taat kepada Allah,tetapi adakalanya dia tersekat dalam ketagihannya kepada dosa-dosanya.Orang yang jiwanya mati,dosa-dosanya pun dirasakan seperti sebuah kenikmatan bagi dirinya. Orang yang jauh daripada Allah,selalu terbelenggu dalam dosa,jiwanya juga menjadi gelap dan jauh daripada hidayah Allah s.w.t.Mari teliti sabda Nabi s.a.w. : "Sesiapa yang melakukan satu dosa,maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam.Sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.Jika dia tidak bertaubat,maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam". (Hadis riwayat ibnu Majah) |